BAHAGIAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

BAHAGIAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Konvo akan di adakan pada

Unit Data dan Pensijilan sedang membuat semakan data graduan bagi 15 institusi yang terlibat. Hubungi Unit Data dan Pensijilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. 

Data graduan di 19 Politeknik sedang disemak dan dikemaskini secara berperingkat. Sekiranya terdapat perbezaan rekod semakan, mohon hubungi Pn. Siti Fadzlna bt Mohamad Asri melalui emel fadzlina.asri@mohe.gov.my atau talian (019-3329569) sepanjang tempoh PKP. 

Terima kasih.

Unit Data dan Pensijilan Bahagian Peperiksaan dan Penilaian sedang menyemak dan mengemaskini rekod graduan dari tahun 2007 sehingga 2010. Maklumat lanjut boleh hubungi pegawai Unit Data dan Pensijilan BPN.

Unit Data dan Pensijilan Bahagian Peperiksaan dan Penilaian sedang menyemak dan mengemaskini rekod graduan dari tahun 2000 sehingga 2007. Maklumat lanjut boleh hubungi pegawai Unit Data dan Pensijilan BPN.

Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama lima (5) Universiti Awam rintis yang melaksanakan iCGPA telah menganjurkan International Conference on iCGPA 2017 dengan objektif:

  1. Selaras dengan pelaksanaan iCGPA yang merupakan inisiatif Pentaksiran Bersepadu yang diaspirasikan di bawah Lonjakan 1 PPPM (PT) 2015-2025 untuk menghasilkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
  2. Menjadi satu medan dan platform untuk pakar akademik dari dalam dan luar negara berkongsi pandangan dan idea mengenai kaedah baru penilaian akademik yang holistik untuk para pelajar; dan
  3. Sebagai salah satu cara mempromosikan iCGPA kepada masyarakat tempatan dan luar negara.

Persidangan antarabangsa ini dirasmikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi dan turut dihadiri oleh panel-panel jemputan dari dalam dan luar negara pada ketetapan seperti berikut

                               Tarikh :17 & 18 Julai 2017

                              Tempat: Hotel Istana, Kuala Lumpur

Apps ni dibina untuk kemudahan pelajar politeknik malaysia dalam melihat jadual peperiksaan politeknik malaysia yang diselaraskan. Menu yang terdapat adalah

  1. Jadual peperiksaan selaras.- Kemudahan yang diberi adalah secara 'real time' iaitu jika berlaku sebarang perubahan, pelajar dapat mengetahuinya. Apps ini memberi kemudahan kepada pelajar untuk mencari mengikut nombor pendaftaran, kursus, politeknik, tarikh dan program. Dengan kemudahan ini, pensyarah atau ibubapa turut juga boleh menggunakan. Ianya tidak terikat dengan pelajar sahaja. Paparan hasil daripada carian adalah tarikh peperiksaan, nama kursus, masa dan lokasi peperiksaan dilaksanakan.
  2. Daftar pemakluman - Tambahan terbaru telah dimasukkan dalam apps ini iaitu pendaftaran untuk notifikasi dan juga aduan berkaitan jadual. Pendaftaran untuk notifikasi adalah menggunakan 'push notification' yang disediakan oleh google untuk memberi makluman. Jika pelajar mendaftar, makluman akan dihantar kepada pelajar setiap awal pagi pada hari peperiksaan berlangsung mengikut jadual peperiksaan pelajar berkenaan. Tujuannya untuk memberi peringatan kepada pelajar atau sesiapa yang mendaftar
  3. Aduan Jadual peperiksaan. -  Konsep asal aduan pada mulanya dibuat melalui emel namun penambahbaikan dijalankan untuk membolehkan pelajar membuat aduan pada menu yang disediakan di dalam aplikasi ini. Proses ini akan membantu BPN mengambil tindakan dengan kadar segera.

Penambahbaikan aplikasi ini akan terus di jalankan dari masa ke semasa. Pihak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembangun Aplikasi ini iaitu En Khairul Azhar.

-Sumber: En Khairul Azhar Bin Abd Azz (Ketua Unit Peperikasaan PSP)