BAHAGIAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

HOME > FAQ JADUAL PEPERIKSAAN

SEMAKAN
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR
BY NO. PENDAFTARAN

SEMAKAN
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR
BY KOD KURSUS

FAQ JADUAL
PEPERIKSAAN AKHIR

FAQ ICGPA

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras adalah jadual waktu peperiksaan akhir yang digunapakai secara selaras oleh seluruh Politeknik Malaysia melibatkan semua kursus kod baharu yang mempunyai peperiksaan akhir

Pembinaan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras adalah berdasarkan kepada data pendaftaran/penambahan/pengguguran kursus yang sehingga Minggu Pengajian ke-6 dari Politeknik masing-masing. Sekiranya kursus anda tiada di Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras terdapat kemungkinan data pendaftaran kursus anda mempunyai masalah di Politeknik. Sila rujuk dengan Politeknik masing-masing berkenaan status pendaftaran kursus tersebut.

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir bagi Program Diploma Kejuruteraan Perkapalan, Diploma Penyelenggaraan Pesawat, dan Diploma Pelancongan ( Taman & Rekreasi ) dikeluarkan oleh Politeknik yang berkenaan sahaja.

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras disusun hanya untuk kursus-kursus kod baharu sahaja.Tarikh dan masa peperiksaan kursus kod lama akan ditentukan oleh Unit Peperiksaan Politeknik masing-masing. Sila rujuk Unit Peperiksaan Politeknik masing-masing untuk maklumat lanjut.

Prinsip pembinaan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras Politeknik KPM adalah :

  1. Memastikan tiada pertindihan waktu peperiksaan DAN meminimumkan bilangan pelajar yang menduduki Peperiksaan Akhir Selaras  sebanyak 3 atau 2 sesi sehari. Namun hal ini tetap tertakluk kepada kekangan masa dan tarikh peperiksaan yang ada mengikut Takwim Akademik serta mengambilkira cuti umum negeri.
  2. Mendahulukan penetapan waktu peperiksaan bagi beberapa kursus yang ditawarkan di beberapa Jabatan Akademik untuk mengelakkan pertindihan major  (cth: kursus DBM1013,DUB1012, dll. ).
  3. Tidak meletakkan kursus yang sama tahap dalam hari yang sama melainkan kes-kes khas yang tidak dapat dielakkan bagi mengelakkan pertindihan.
  4. Pembinaan jadual peperiksaan mengambilkira kapasiti calon peperiksaan pada satu-satu masa di keseluruhan Politeknik Malaysia.

KURSUS YANG SAMA ditawarkan oleh PROGRAM YANG BERLAINAN (cth: DBM2013 ditawarkan oleh semua Program Kejuruteraan yang berbeza di Politeknik seluruh Malaysia) perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan pertindihan major. Disebabkan  kekangan masa yang ada seperti yang dinyatakan di atas , akan terdapat beberapa kursus (terutama kursus yang ramai pelajar Mengulang Kursus) yang TERPAKSA diletakkan bersama dengan kursus lain dalam tarikh yang sama.

Mengikut norma pembinaan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras yang lepas, TIDAK akan berlaku pertindihan waktu peperiksaan setelah semua perkara yang dinyatakan di atas diambil kira, MELAINKAN:

  1. Pelajar yang mengambil kursus di mana jurang tahap bagi kursus tersebut yang terlalu jauh (cth : Pelajar semester 6 masih mengambil kursus tahap 3 atau 4)
  2. Pelajar yang mengulang kursus bagi tahap berbeza seperti di atas. 
  3. Pelajar yang tidak mengikut Pra Syarat yang telah ditetapkan bagi sesuatu kursus.

Pelajar boleh membuat perancangan ulangkaji dengan lebih awal setelah menerima  Draf 1 Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras untuk mengelakkan tekanan dalam minggu peperiksaan sekaligus dapat mengelakkan risiko kegagalan.

TIDAK BOLEH.  Sila rujuk kepada Takwim Akademik yang diedarkan di awal semester sebelum membuat sebarang perancangan anda.

Sila maklumkan kepada Pensyarah Kursus/Penasihat Akademik/Penyelaras Peperiksaan/Unit Peperiksaan dengan segera sejurus selepas Draf 1 Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Selaras dikeluarkan.

Campuran pendafataran kod lama & baharu mungkin disebabkan kesilapan semasa mendaftarkan kursus. Sila rujuk dengan Penasihat Akademik anda di Politeknik masing-masing.

TIDAK BOLEH. Jadual Peperiksaan adalah tertakluk kepada Takwim Akademik Politeknik dan cuticuti umum yang telah diwartakan.

Tarikh Peperiksaan adalah 19 Oktober – 09 November 2019 (3 minggu).

Sebanyak 16 hari peperiksaan yang terlibat termasuk Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi program-program yang menggunakan kursus kod baharu (ABC12345), manakala bagi program-program yang masih menggunapakai kod lama (ABC1234) peperiksaan hanya dapat dijalankan dalam 9 hari peperiksaan termasuk Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Terdapat 4 hari cuti Perayaan Deepavali iaitu pada 26 - 29 Oktober 2019 (tiada peperiksaan dijalankan pada tarikh tersebut dan tidak diambilkira dalam bilangan hari peperiksaan).

Terdapat 1 hari cuti melibatkan negeri tertentu iaitu pada Jumaat, 01 November 2019 (Hari Keputeraan Sultan Perak).

Jadual peperiksaan juga dikosongkan pada sesi 1 dan 2 pada 02 November 2019 bagi memberi laluan kepada MUET (8:00 pagi – 1:00 Petang).