Accreditation Of Prior Experiential Learning (APEL)

Menerusi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu Teras 6: Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency - MQA) telah diberikan mandat mewujudkan laluan di bawah pembelajaran sepanjang hayat. Lanjutan daripada itu, pada tahun 2008 MQA telah memulakan inisiatif pelaksanaan Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning - APEL) dengan pengumpulan maklumat dari dalam dan luar negara.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul, satu garis panduan amalan baik Pengakreditan Pembelajaran Berdasarkan Pengalaman Terdahulu (Guidelines To Good Practices: Accreditation of Prior Experiential Learning, APEL GGP:APEL) telah dibina dan seterusnya telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (sekarang dikenali sebagai Kementerian Pendidikan Malaysia) pada 11 Disember 2009.

GGP:APEL yang menggariskan dasar asas dari segi syarat umum kelayakan APEL merupakan titik tolak pengendalian APEL yang berfungsi sebagai satu jalan kemasukan alternatif kepada mereka yang kurang atau tiada kelayakan akademik tetapi mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan akses pendidikan tinggi menerusi pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat, APEL bagi tujuan akses ke program Ijazah Sarjana Muda [tahap 6, Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)] telah dibuka kepada pihak umum pada 1 September 2011.

Ini diikuti pelaksanaan APEL bagi tujuan akses ke program Sijil (tahap 3, MQF) dan Diploma (tahap 4, MQF) bermula 1 Februari 2013 serta Ijazah Sarjana (tahap 7, MQF) pada 18 Februari 2014. Sebagai permulaan, APEL bagi tujuan akses ke program Ijazah Sarjana (tahap 7, MQF) dilaksanakan untuk empat bidang iaitu Pentadbiran Peniagaan, Teknologi Maklumat, Pendidikan dan Seni Persembahan.

Dari segi sambutan masyarakat terhadap APEL, didapati ada peningkatan jumlah individu yang melalui proses penilaian APEL. Sehingga kini seramai 170 orang telah memohon untuk dinilai menerusi APEL. Dari jumlah ini, 13 orang adalah untuk akses ke program Ijazah Sarjana; 108 orang untuk Ijazah Sarjana Muda; 47 orang untuk Diploma; dan 2 orang untuk Sijil. Daripada 170 orang tersebut, 107 orang telah lulus penilaian APEL. Ini termasuklah 7 orang pelajar yang telah lulus penilaian APEL peringkat Ijazah Sarjana.

Jika dilihat statistik kemasukan pelajar laluan APEL ke institusi pengajian tinggi (IPT), dari maklum balas 61 orang, 60% (37 orang) telah mula menyambung pelajaran. Daripada 37 orang tersebut, hanya 22% (8 orang) yang telah diterima masuk ke IPT awam manakala 78% (29 orang) di IPT swasta.

Sungguhpun APEL memberi manfaat kepada masyarakat dan amat relevan dalam merealisasikan hasrat pembelajaran sepanjang hayat, berdasarkan maklum balas daripada 61 orang yang lulus penilaian APEL , 23% (14 orang) daripada mereka masih belum menyambung pelajaran. Antara sebab penangguhan adalah kerana mereka kurang mendapat sokongan majikan untuk menyambung pelajaran serta kurangnya penerimaan pemberi pendidikan tinggi (PPT) awam menerima masuk pelajar yang lulus penilaian APEL ke PPT masing-masing.

Lanjutan daripada maklum balas dan statistik tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menyeru PPT khususnya PPT awam dan majikan untuk menyokong hasrat individu yang ingin meneruskan pembelajaran menerusi APEL. Sokongan ini amat diharapkan kerana sokongan pelaksanaan APEL dari semua pihak akan membantu negara dalam meningkatkan tahap ekonomi rakyat seperti mana yang dihasratkan.

Seperti kita sedia maklum, sebelum kewujudan syarat kemasukan APEL, untuk mendukung hasrat pembelajaran sepanjang hayat, Sistem Kemasukan Terbuka telah dipersetujui oleh KPM untuk dipraktikkan oleh universiti berstatus terbuka mulai tahun 2006.

Bagi menyelaraskan syarat kelayakan masuk di bawah agenda pembelajaran sepanjang hayat serta penyelarasan kriteria dan instrumen penilaian asas, maka diumumkan bahawa syarat kemasukan APEL diguna pakai oleh semua PPT yang berstatus terbuka bagi menggantikan syarat kemasukan terbuka sedia ada.

Oleh itu PPT berstatus terbuka boleh mengguna pakai syarat kemasukan APEL untuk mengambil pelajar masuk ke PPT masing-masing dan perlu mengguna pakai sistem penilaian APEL yang telah dibina oleh MQA sebagai sistem penilaian utama. Bagi memastikan kualiti penilaian di bawah sistem APEL terjamin, PPT terbuka adalah tertakluk dengan penilaian dan audit berkala dari pihak MQA.