Pengenalan

Mengenai Kami

Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, JPPKK adalah Urusetia Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik & Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti KPT. Bahagian ini disokong dan dibantu oleh Unit Peperiksaan di Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia.


Misi

Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf. Membangunkan kurikulum yang dipimpin industri dan meningkatkan kesediaan graduan melalui penglibatan industri yang diselaraskan. Menghasilkan graduan yang seimbang dan berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan. Mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui kerjasama dan penyertaan aktif dalam komuniti

Unit Penilaian

  • Merangka dan menyelaras pelaksanaan dasar, prosedur dan aktiviti pentaksiran dan penilaian di peringkat politeknik dan kolej komuniti.
  • Merancang, mengawalselia dan mengintegrasikan pelaksanaan aktiviti pentaksiran dan penilaian dengan standard akreditasi program.
  • Merancang dan membangun kaedah pentaksiran dan penilaian hasil pembelajaran sejajar dengan keperluan dan perubahan secara berterusan meliputi pelbagai dimensi hasil pembelajaran pelajar dan penilaian program akademik.
  • Merancang, melaksana dan memantau pembangunan kepimpinan profesional pentaksiran dan penilaian bagi meningkatkan kualiti penilaian hasil pembelajaran dalam mengenalpasti kaedah penilaian, menganalisis, melapor dan menambahbaik hasil penilaian.


Unit Peperiksaan & Data

  • Merangka dan menyelaraskan perancangan dan pengurusan jadual waktu peperiksaan akhir/penilaian akhir di politeknik dan kolej komuniti.
  • Merancang dan menguruskan sistem pengurusan data dan pendigitalan rekod lulusan politeknik dan kolej komuniti.
  • Menganalisa data penilaian dan melaksanakan kajian pengukuran terhadap pencapaian lulusan dan input perancangan strategik bagi meningkatkan kualiti hasil pembelajaran program politeknik dan kolej komuniti.
  • Memudahcarakan data peperiksaan dan penilaian graduan politeknik dan kolej komuniti dengan pihak berkepentingan


Unit Pensijilan & Pengiktirafan

  • Merancang dan menguruskan pelaksanaan pentaksiran, penilaian dan penganugerahan program Asasi TVET dan Micro-Credentials.
  • Merancang, mengurus dan mengawalselia pelaksanaan Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Melaksanakan tugas-tugas keurusetiaan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik selaras dengan Akta 550 1996 dan Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
  • Menyelaras dan memantau pengeluaran sijil dan transkrip akademik graduan politeknik dan kolej komuniti serta membuat pengesahan dengan pihak berkepentingan.

Carta Organisasi

Logo PSH